My Family

4/10/12    

Saya dilahirkan didalam satu keluarga yang besar iaitu seramai 12 orang adik beradik, seorang ayah, seorang ibu dan saya adalah kedua bongsu iaitu ke-11 dan sekarang keluarga saya makin bertambah besar dengan kehadiran ipar saya seramai 7 orang serta anak buah saya seramai 15 orang dan akan bertambah lagi tahun hadapan sebanyak 2 orang serta menjadikan jumlah keluarga saya seramai 38 orang. Keadaan keluarga kami pada masa saya dilahirkan amat susuh dengan serba kekurangan tetapi kami tetap bahagia. Disebabkan kami mempunyai satu keluarga yang besar kami tidak pernah merasakan kekurangan tersebut malah ibubapa kami juga tidak pernah membezakan kami ataupun mengganggap kami sebagai satu beban dan mereka amat menyayangi kami. Walaubagaimanapun, semuanya telah berubah setelah semua ahli keluarga saya meningkat dewasa semua mempunyai pekerjaan masing-masing dan taraf hidup kekuarga kami makin lama menjadi semakin senang tetapi disebalik kesenangan itu juga memyebabkan kami sekeluarga semakin jauh yang dibezakan oleh jarak, masing-masing mengikut hala tuju kerjaya masing-masing dan menyebabkan itu ibubapa kami hanya tinggal berdua di rumah tetapi saat-saat yang saya paling suka bila tiba hari raya, pada hari itu saya merasakan amat bahagia dan dapat melepaskan rindu kepada adik beradik saya yang lain. Di harap raya ni semua akan balik. Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment